
HUJAN BERDUKA TANGIS
Hujan turun dikala insan
Insan berduka,bersuka
Hujan berduka tangis
Nampakkah wahai insan
Aku jiwaku,perasaanku,tangisku
Seperti hujan yang turun dikala aku berduka
Dikala ilham mencurah diminda
Disaat manusia melahirkan rasa cinta
Dikata,dirasa aku hujan sedang berduka
Aku juga berduka
Melihat setiap insan yang sedang berduka
Kerana itulah rasa pada jiwanya
Luka lara,hiba nestapa,
Fikirkan pada jiwa yang sedang bersuka
Suka ria,gelak tawa,
Dua keadaan rasa satu masa
Itulah hikmah penciptaan-Nya.
[NURSHAM 777]