AKU INSAN BERNAMA ???



TAJUK: CITRA ASPREASI SASTERA [KECINTAAN PERJALANAN KEHIDUPAN]

CERITA INI ADALAH KEHIDUPAN KU UNTUK MENYENTUH SEDIKIT NALURI KEHIDUPAN YANG ADA PADA SETIAP HAMBA ALLAH YANG BERNAMA MANUSIA[INSAN],NALURI GEMBIRA,SEDIH,SUKA,DUKA,LARA,HIBA,CINTA,KEINSANAN,PERSAHABATAN,KASIH SAYANG,PERJALANAN,KESENIAAN,KATA-KATA SERTA YANG BERKAITAN.

Aku menulis,aku membaca,aku mengkaji,aku meneliti,aku memahami,aku mencari maksudnya kehidupan,belum aku temui jika aku hanya terus mengikuti rentak-rentak kehidupan tanpa ada cabaran yang pasti aku jalani segalanya perlu diatasi dan aku perlu kuat,tabah,sabar,mencari penyelesaian dan jawapan kepada setiap persoalan yang pasti akan datang menimpa diriku.Kenapa kebelakangan ini aku merasakan ada sesuatu aura atau kekuatan yang luar biasa datangnya dari aspreasi diriku untuk berkarya seperti A.Samad Said,Shanon Ahmad,Keris Mas,Arena Wati,Kemala,Lim Swee Tin,dan pengkarya,penyair,deklamator yang lainnya adakah kerana minat dan kecintaan aku yang mendalam terhadap sastera kehidupan ini.

AKU INSAN BERNAMA ???
Hanya sekilas pandangan
Ingin berbicara dengan penuh bahasa
Ingin berkata yang penuh kod hermanuetik
Hanya setengah atau sedikit mungkin yang memahami
Diriku,Jiwaku,Hatiku,Perasaanku.

Cuba-cuba kau,kamu dan sekalian
Selami,renungi,fahami
Tentang apa-apa itu kehidupan
Apa yang kita cari dan sudahkah kita temui

FIKIRKAN DAN LETAK DALAM HATI DIRI SENDIRI

Sudah,sudah,sudah apa lagi yang dingini
Wahai manusia aku juga pernah sesat
Mencari daerah-daerah lubuk hatiku
Marilah kita mencari keredhaan ILLAHI.
Marilah kita mencari keredhaan ILLAHI.
Marilah kita mencari keredhaan ILLAHI.

[NURSHAM 777]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...